Kenyataan Akhbar
MBM Bantah Sekeras Kerasnya Kenyataan Duta Dan Ketua Delegasi Suruhanjaya Eropah | MBM Bantah Sekeras Kerasnya Kenyataan Duta Dan Ketua Delegasi Suruhanjaya Eropah |
|
|
|
| Thursday, 28 June 2007 | |
|
KENYATAAN MEDIA SDR. TAJUDIN BIN AHMAD
Majlis Belia Malaysia (MBM) membantah sekeras-kerasnya kenyataan Duta dan Ketua Delegasi Suruhanjaya Eropah ke Malaysia, Thierry Rommel yang mahu kerajaan Malaysia menghapuskan DEB (Dasar Ekonomi Baru. Kenyataan beliau itu jelas sekali berniat untuk mencampuri urusan kerajaan Malaysia dalam mentadbir negara. Kenyataan itu juga boleh mengundang perbalahan dan perasaan benci di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kenyataan yang biadap itu juga jelas bercanggah dengan tugas utama beliau sebagai duta ke negara ini. Sebagai seorang duta dari negara Eropah, beliau sepatutnya mencari idea dan kaedah bagi mengeratkan lagi hubungan antara negaranya dan Malaysia. MBM menyokong penuh kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak yang mahu Thierry Rommel tidak mencampuri urusan kerajaan Malaysia. MBM selaku badan induk kepada pertubuhan belia utama di Malaysia mahu Thierry Rommel menarik balik kenyataannya yang mengkritik secara terbuka dasar DEB yang telah dilaksanakan sejak 37 tahun yang lalu. Kritikannya itu tidak berasas sama sekali dan tidak berdasarkan fakta yang betul. Kritikan itu juga seolah-olah menuduh kerajaan Malaysia mengamalkan dasar kuku besi yang hanya menguntungkan kaum bumiputera sahaja. Oleh sebab itu, MBM menegaskan bahawa kritikan itu hanyalah pembohongan yang dibuat di atas dasar dengki dan cemburu di atas kejayaan yang dicapai oleh Malaysia. MBM juga mahu Thierry Rommel memohon maaf secara terbuka dari pada kerajaan Malaysia dan rakyatnya di atas kenyataan yang dibuat tanpa sebarang penyelidikan terlebih dahulu. Ini kerana, kenyataan itu boleh mengundang kemarahan serta rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia. Bagi memastikan perkara ini tidak lagi berulang, MBM mahu negara-negara yang menghantar duta mereka ke negara-negara lain memantau serta menyediakan garis panduan untuk dipatuhi oleh duta mereka dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap dasar kerajaan negara lain. Terima kasih. TAJUDIN BIN AHMAD Bertarikh : 27 Jun 2007 (Rabu) |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my