Kenyataan Akhbar
MBM Mahu Kerajaan Menutup Operasi CTOS Dengan Serta Merta | MBM Mahu Kerajaan Menutup Operasi CTOS Dengan Serta Merta |
|
|
|
| Thursday, 28 June 2007 | |
|
KENYATAAN MEDIA SDR. TAJUDIN BIN AHMAD MBM MAHU KERAJAAN MENUTUP OPERASI CTOS DENGAN SERTA MERTA Majlis Belia Malaysia (MBM) mendesak kerajaan mengambil langkah dengan segera menutup operasi Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) yang menjadi rujukan utama pihak institusi kewangan bagi mendapatkan maklumat kewangan individu-individu yang tertentu. Operasi CTOS jelas sekali tidak mematuhi sistem perundangan negara kerana tidak pernah mendapat lesen operasi daripada mana-mana agensi kerajaan. CTOS juga telah melanggar hak-hak peribadi individu-individu yang terlibat kerana meyimpan data-data mereka tanpa mendapat sebarang kebenaran. Data-data itu juga seringkali tidak tepat dan tidak dikemaskini dari masa ke masa. MBM mahu CTOS dengan serta merta menghentikan operasinya tanpa perlu menunggu arahan dari kerajaan kerana maklumat yang disimpan di CTOS tidak lagi tepat dan boleh memberi kesan kepada individu-indvidu tertentu. Sebagai contohnya, ramai individu-individu yang ingin mendapatkan khidmat institusi kewangan seperti mendapatkan pinjaman ditolak kerana maklumat yang disimpan di CTOS sudah ketinggalan dan tidak dikemaskini. Ini bukan sahaja menyusahkan orang awam malah boleh mengundang pelbagai masalah seperti mendapatkan pinjaman dari ’along’. MBM juga mahu kerajaan menyiasat secara terperinci aktiviti-aktiviti institusi kewangan yang menjadikan CTOS sebagai rujukan utama mereka serta mengarahkan institusi-institusi kewangan tidak menggunakan CTOS sebagai rujukan mereka dalam menilai kewangan orang yang berkaitan. Jika pihak institusi kewangan tidak mendapatkan khidmat CTOS, maka operasi CTOS akan terkubur begitu sahaja. Dakwaan yang mengatakan bahawa sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) ingin menggunakan khidmat CTOS dalam menyenarai hitamkan orang awan juga boleh menjejaskan kredibiliti PBT tersebut. Ini juga boleh menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap sistem perundangan negara yang tidak melindungi orang awam. MBM merasa kecewa dengan tindakan PBT itu yang mengugut orang awam dengan menggunakan CTOS sedangkan kerajaan langsung tidak mengiktiraf CTOS. Oleh sebab itulah, MBM berharap kerajaan melalui agensi-agensi yang terbabit dengan serta merta mengambil tindakan tegas dalam menjaga kepentingan orang ramai dalam berurusan dengan insitusi-institusi kewangan. Terima kasih. TAJUDIN BIN AHMAD Tel : 019-477 3094 Bertarikh : 27 Jun 2007 (Rabu) |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my