• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
Feb 07th
Home arrow Articles arrow Perspektif: Hari Belia mesti pertingkatkan isi, makna
Perspektif: Hari Belia mesti pertingkatkan isi, makna PDF Cetak E-mail
Friday, 18 May 2007

PADA 15 Mei ini, sekali lagi kita merayakan Hari Belia Negara. Tidak semua negara mempunyai hari khusus untuk belia. Bagi yang ada, kebanyakannya bermula sejak 1985, iaitu tahun diisytiharkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Tahun Belia Antarabangsa. Tetapi, kita merayakannya lebih awal.

Tanggal 15 Mei dipilih bersempena penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 1964, iaitu Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika itu. Bagi kita, ia bukan saja setakat hari belia, tetapi perayaan Hari dan Minggu Belia Negara, malah, ada sesekali, ia disambut sebagai Hari dan Bulan Belia Negara.

Kini, pada peringkat antarabangsa, terdapat Hari Belia Asean pada 8 Ogos, iaitu bersempena penubuhan Asean dan Hari Belia Sedunia pada 12 Ogos, iaitu bersempena Persidangan Sedunia Menteri-Menteri Belia Yang Pertama anjuran PBB pada 1998. Kita menganjurkan Hari dan Minggu Belia Negara sebagai lambang perpaduan di kalangan belia, untuk menyuarakan pandangan gerakan perjuangan belia dan pengiktirafan rasmi kerajaan terhadap belia.

Program utama dan kemuncak perayaan Hari dan Minggu Belia Negara ialah Perhimpunan Hari Belia Negara pada peringkat kebangsaan. Ia dianjurkan bersama dua pihak berkepentingan utama pembangunan belia negara, iaitu KBS yang mewakili kerajaan dan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mewakili belia.

Pada dekad 70-an, penganjuran perhimpunan ini lebih diketuai MBM. Tetapi, mulai dekad 80-an, ia dianjurkan secara bersama oleh KBS-MBM, walaupun dalam banyak keadaan, mungkin kerana persoalan kewangan, ia lebih diketuai KBS. Kadang-kala, perjalanannya seakan-akan diketuai syarikat pengurusan acara.

Sesekali, MBM membuktikan kemampuannya menganjurkan perhimpunan sendiri, tetapi tidak mengetepikan KBS atau menswastakannya. Contohnya, Perhimpunan Patriotisme Alaf Baru pada 2001 yang dihadiri 17,000 orang belia dan dirasmikan Perdana Menteri serta disiarkan secara langsung oleh RTM.

Peserta Perhimpunan Hari Belia Negara terdiri daripada ahli badan gabungan MBM (pertubuhan pelajar, pertubuhan belia berasaskan agama, pertubuhan belia berasaskan sosioekonomi, pertubuhan pakaian seragam dan Majlis-Majlis Belia Negeri), pelbagai jenis persatuan belia lain, institusi pengajian tinggi (IPT) dan sebagainya.

Ia juga dihadiri seluruh warga KBS dan wakil pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta kerajaan negeri, badan berkanun, pihak swasta dan lain-lain. Tetamu kehormatnya ialah Perdana Menteri.

Acara tradisi perhimpunan ini terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu pertama, ucapan aluan Presiden MBM, Menteri Belia dan Sukan dan ucapan perasmian Perdana Menteri. Kedua, ikrar belia dan ketiga, penyampaian Anugerah Belia Negara (ABN).

Pada perhimpunan 1997, Presiden MBM tidak diberi peluang berucap sebelum Menteri KBS dan Perdana Menteri berucap, tetapi dibenarkan menyampaikan ucapan terima kasih selepas Perdana Menteri selesai berucap. MBM menentang cara ini, lalu seluruh Exco MBM tidak menghadiri perhimpunan itu sebagai tanda protes dan menghantar presidennya sebagai tanda hormat kepada Timbalan Perdana Menteri yang mewakili Perdana Menteri ketika itu.

Ikrar belia disediakan MBM. Tetapi, pernah ia hendak dipinda pihak lain dengan memadamkan perkataan ‘keadilan’ dalam ikrar itu dengan alasan ia sama dengan nama sebuah parti pembangkang. Pihak itu lupa yang perkataan itu sebahagian daripada slogan MBM sejak lama, iaitu ‘Belia Bertindak Untuk Kebenaran dan Keadilan’.

Adakalanya Anugerah Belia Negara disampaikan pada majlis berasingan. Contohnya, ia pernah diadakan pada 5 Disember, iaitu bersempena Hari Sukarelawan Antarabangsa. Kali ini, ia diadakan pada 9 Jun ini.

Anugerah ini amat penting kerana ia pengiktirafan rasmi kerajaan terhadap kejayaan belia, sama ada secara individu atau berpersatuan dalam pelbagai bidang. Malaysia antara negara paling awal mengadakan program ini. Banyak anugerah belia di negara lain adalah mengambil teladan daripada kita.

Kisah kejayaan ini perlu didokumentasikan dan disebarkan seluas-luasnya. Ia dapat menjadi rujukan dan sumber inspirasi generasi masa depan. Penerima anugerah ini sepatutnya dijadikan ikon atau duta belia yang sebenarnya, kerana mereka terbabit dan berjaya dalam pembangunan belia.

Satu masa dulu, iaitu sehingga zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri di KBS, anugerah ini dikenali Anugerah Kurnia Belia Jaya (KBJ). Hadiah utamanya adalah untuk persatuan belia paling aktif. Pernah pengumuman pemenangnya dibuat pada majlis Pelancaran Hari dan Minggu Belia Negara yang dilakukan menteri di tempat pemenang, manakala penyampaiannya dilakukan di perhimpunan.

Lazimnya, perhimpunan ini diadakan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, ia pernah diadakan di Pahang (2000), Perak (2001), Melaka (2002) dan Selangor (2005). Kali ini, ia diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Satu daripada kebaikan perhimpunan ini diadakan di negeri ialah memberi peluang kepada belia negeri itu untuk terbabit secara langsung dari segi menjadi tuan rumah, penganjur dan peserta. Belia Lembah Klang sudah biasa dengannya.

Di samping itu, kerajaan negeri berpeluang menjadi penganjur bersama dan menyediakan peruntukan tambahan. Antara kerajaan negeri menyediakan peruntukan tambahan terbesar ialah Perak, iaitu ketika perhimpunan ini diadakan di Ipoh pada 2001. Perhimpunan itu juga memegang rekod kehadiran peserta teramai, iaitu 30,000 orang.

Perhimpunan peringkat kebangsaan diikuti dengan perhimpunan peringkat negeri. Namun, ada sesetengah negeri menganjurkannya pada tarikh amat lewat. Sepatutnya, ia dituruti perhimpunan peringkat daerah. Tetapi, ia jarang berlaku. Oleh kerana ia perayaan seminggu, maka banyak program sampingan dianjurkan.

Program intelektual tradisi diketuai MBM, iaitu Konvensyen Belia Negara, mungkin kerana kurang peruntukan, dianjurkan sebagai sidang meja bulat.

KBS dan MBM masing-masing pernah mengetuai penganjuran program belia antarabangsa membabitkan peserta luar negara sebagai program tradisi perayaan ini. Malangnya, ia tidak dianjurkan secara berkala atau konsisten.

Ironisnya, di sebalik kita menjadi Presiden Perhimpunan Belia Sedunia (WAY), Presiden Majlis Belia Asia (AYC) dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Kerjasama Belia Asean (CAYC) sejak sekian lamanya, malah kita menubuhkan AYC dan antara menubuhkan WAY, tetapi belum mempunyai sebuah program belia antarabangsa yang konsisten dan terkenal di dunia.

Sebaliknya, negara tidak menguasai pertubuhan belia antarabangsa, misalnya, Korea Selatan terkenal dengan Perkhemahan Belia Antarabangsa Musim Sejuk, manakala Jepun terkenal dengan Program Kapal Belia Asean. Perayaan kali ini amat signifikan kerana ia bersempena 50 tahun negara kita merdeka.

Kita perlu bermuhasabah bagi meningkatkan isi dan maknanya. Ia penting supaya benar-benar berisi dan bukannya sekadar mengisi ruang yang ada, serta benar-benar bermakna bagi semua dan bukannya sekadar bermakna bagi pihak tertentu saja.

Selamat menyambut Hari Belia Negara.

INTI PATI
Sejarah Hari Belia


  • Tanggal 15 Mei Malaysia merayakan Hari Belia Negara. Dipilih sempena penubuhan Kementerian Belia dan Sukan pada 1964.
    404 Not Found

    Not Found

    The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


    Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
  • Program utama, kemuncak perayaan Hari dan Minggu Belia Negara ialah Perhimpunan Hari Belia Negara pada peringkat kebangsaan.
  • Peserta Perhimpunan Hari Belia Negara ialah ahli badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM), persatuan belia, institusi pengajian tinggi, manakala bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan adalah kementerian dan agensi kerajaan serta kerajaan negeri, badan berkanun serta pihak swasta.
  • Acara tradisi perhimpunan mempunyai tiga komponen utama.

    Penulis ialah Pengerusi Akademi Belia yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002)

  • ©The New Straits Times Press (M) Berhad

     
    < Sebelumnya   Berikutnya >
    Berita Utama
    • Pause
    • Previous
    • Next
    1/4
    Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
    Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

    Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

    Keseluruhan artikel...
     
             
    Advertisement

    Dari Meja Presiden MBM

    Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

    Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

    Baca seterusnya..

    Ucapan Presiden HBN 2010


    Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

    baca seterusnya..

    e-Buku

    PENGUKUHAN

    BANGSA MALAYSIA

    Dan Cabarannya

    Image

    Khidmat Belia

    Belia Benci Dadah

    Untuk bantuan, sila hubungi:

    PEMADAM
    No.8, Jalan Ledang
    50480, Kuala Lumpur
    Tel: 03-2094 1190
    Faks: 03-2094 3233
    Web:
    www.pemadam.org.my
    Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

    PENGASIH MALAYSIA
    3201 Jalan Syers
    Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
    50480 Kuala Lumpur
    Tel: 03-6201 3179 / 0287
    Faks: 03-6201 3013
    Web:
    www.pengasih.net
    Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

    AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
    Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
    IOI Resort, 62502 Putrajaya
    Tel: 03-8949 8400
    Faks: 03-8944 1931
    Web:
    www.adk.gov.my