| Belia benteng negara hadapi globalisasi |
|
|
|
| Wednesday, 16 May 2007 | |
|
SAMBUTAN Hari Belia 2007 bertemakan ‘Belia Peneraju Kemerdekaan Gemilang’, hari ini membawa pengertian besar dalam sejarah perjuangan belia yang tidak dapat dipisahkan daripada sejarah kemerdekaan negara kerana mereka adalah generasi pewaris dan penyambung untuk mengisi makna kemerdekaan. Sambutan itu juga mempunyai falsafah tersendiri sebagai penghargaan kerajaan terhadap golongan belia, mengiktiraf sumbangan pemimpin dan penggerak persatuan belia yang banyak berperanan kepada pembangunan negara. Apa juga kategori belia sama ada tinggal di bandar atau luar bandar, bekerja atau masih menganggur, sedang belajar di sekolah atau universiti, kejayaan negara pada masa depan banyak bergantung kepada cara mereka mencorak dan menghala tuju hidup mereka. Kerajaan sekadar memberi bantuan dan galakan, tetapi belia sendiri bertanggungjawab membentuk masa depan mereka. Sebagai generasi yang hidup dalam negara merdeka selama 50 tahun, pastinya mereka tiada alasan untuk tidak mahu memajukan diri. Walaupun diakui negara bakal menjadi milik belia masa kini, apa yang penting mereka perlu ada jati diri dan mempunyai nilai murni dan bertanggungjawab memastikan kejayaan masa depan bangsa dan negara. Tema kali ini amat bersesuaian dengan usaha kerajaan membangunkan belia menjadi pewaris dan peneraju bangsa bermaruah menjelang pencapaian Wawasan 2020. Menyedari hakikat bahawa belia yang terdiri daripada mereka berusia 15 hingga 40 tahun iaitu separuh daripada 26 juta penduduk Malaysia, pastinya golongan ini menjadi sasaran terpenting pembangunan fizikal dan rohani yang sedang dirintis masa kini. Mereka bakal mewarisi kepemimpinan negara dalam semua sektor. Mereka adalah modal insan dan aset penting negara yang akan membawa negara ke puncak kemakmuran dan kejayaan, termasuk membantu menjayakan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Andainya kita gagal menjaga dan memupuk golongan ini, maka sia-sialah perancangan yang diatur untuk masa depan mereka. Mana-mana negara mahupun pemimpin dunia sekali pun, tidak menafikan betapa pentingnya golongan ini dipupuk dan disemai dengan nilai sepatutnya agar mereka tidak terjerumus ditelan zaman dan dibuai budaya yang semakin menyimpang. Justeru, kita mahu belia hari ini diajak bersama-sama membina sebuah bangsa bertamadun, beridentiti dan berwawasan. Tiada gunanya kita gah dengan pembangunan hebat selagi golongan ini tidak senada dengan program pembangunan dilaksanakan. Harapan kita golongan ini sentiasa diterapkan dengan nilai positif dalam usaha menjadikan mereka insan cemerlang. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my