|
Lebih 1,000 pemimpin belia seluruh negara berhimpun menyertai konvensyen . Pemimpin Muda Kebangsaan dan Siri Latihan Peminpin Muda Majlis Belia Malaysia (MBM) 2007, di Kuala Lumpur pasa 21 dan 22 Mac lalu. Dalam konvensyen itu, mereka yang mewakili 40 organisasi belia telah membincangkan pelbagai perkara berkaitan masa depan masyarakat golongan muda. Ketika konvensyen, para pemimpin terlibat turut mangutaraka cadangan untuk memajukan kira-kira 11 juta belia menjelang tahun 2020.Sepanjang konvensyen, empat kertas kerja telah dibentangkan, dicadangkan dan dibahaskan oleh hadirin. Selain tu, ruangan yang mendapat perhatian paling hebat ialah semasa forum bersama pemimpin. Secara keseluruhanya, isi yang diutarakan diperdebatkan terhala kepada ekonomi, politik dan sosial. Kesimpulan yang dapat dibuat berhubung konvensyen itu ialah ’Malaysia yang ada sekarang bukan diwarisi daripada generasi terdahulu, tetapi dipinjam daripada generasi akan datang’
Kertas kerja 1 Tajuk: Indeks dan Kualiti Generas Muda ( Penentu Masa depan Negara). Pembentang: Pengurus Penyelidikan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) Aishah Kasa . Pengerusi: Penolong Setiausaha Agung MBM, Mohd Zaidi Aziz Isi Kertas Kerja 1. Pembangunan kendiri: Belia Malaysia tidak mengalami sebaran tekanan tinggi, tetapi jarang terlepas daripada kemurungan. 2. Hubungan sosial: skor menunjukan belia memiliki hubungan baik dengan ibubapa, tetapi boleh ditingkatkan ke tahap terbaik. 3. Identiti: tahap kesukarelaan belia masih rendah. Contohnya, terlalu sedikit membantu mangsa banjir. 4. Kesihatan: Status kesihatan belia di tahap terbaik kerana mereka peka terhadap penjagaan kesihatan. 5. Potensi diri: Skor membuktikan status keusahawanan belia Malaysia di tahap masih rendah iaitu cuma 51.6 peratus. 6. Ketembusan Media: Skor keseluruhan ketembusan media di tahap terbaik iaitu 84.8 peratus. 7. Waktu Senggang: Cuma 28.8 peratus belia terlibat dengan senaman. Peratusan itu berstatus mendukacitakan. Begitu juga yang menyertai kelab dan persatuan, sekadar 19.9 peratus. 8. Tingkah laku devian atau tidak melakukan: Iaitu tidak merokok, minum arak, mengambil dadah, berjudi, mengambil bahan lucah, melakukan seks sebelum berkahwin, melepak, vandalisme dan berlumba haram di tahap baik iaitu 87.4 peratus. Kertas kerja 2 Tajuk: Senario Baru Iklim dan Ekonomi Dunia, Bagaimana Persedian Generasi Belia? Pembentang: Menteri Luar Malaysia yang juga Presiden MAYC, Datuk Seri Syed Hamid Albar. Pengerusi: Penolong Bendahari MBM, Mohamed Nazri Hashim. Isi kertas kerja 1. Sekarang Malaysia berada dalam senarai 17 negara perdagangan terhebat dunia. 2. Malaysia tidak boleh hanya menjadi permerhati kepada sejarah pembanggunan dunia, tetapi mesti mencipta kehebatan tersendiri yang boleh diteladani. 3. Belia mesti mengekalkan reputasi Malaysia negara aman walaupun ditadbir oleh masyarakat majmuk. 4. Golongan muda mesti menpertahankan kedaulatan Malaysia tanpa menungu negara terancam. 5. Kekacauan di Indonesia, Thailand dan Filipina mengajar belia pelbagai bangsa supaya menguruskan Malaysia tanpa huru-hara. 6. Peluang perdagangan di India dan China yang semakin melonjak tidak boleh di persia-siakan. 7. Penguasaan pelbagai bahasa terutama Perancis, Sepanyol, Mandarin dan Arab mesti diberi keutamaan kerana negara-negara terlibat akan mengguasai ekonomi dunia nanti. Kertas kerja 3 Tajuk: Ekonomi Malaysia: Cabaran dan Sumbangan Generasi Muda Di Era Globalisasi. Pembantang: Pengerus Akademi Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin. Isi kertas kerja 1. Globalisasi di Malaysia mula terserlah zaman Tun Dr. Mahatir Mohamad sebagai Perdana Menteri. 2. Kita mahu Malaysia memiliki banyak syarikat gergasi yang boleh bersaing di peringkat global. Setakat ini cuma Petronas mempunyai status itu. 3. Belia boleh menjadi pemangkin untuk melonjakkan lagi pembangunan globalisasi syarikat-syarikat Malaysia. 4. Kesan negatif globalisasi ialah syarikat multinasional boleh berfungsi menjatuhkan perniagaan syarikat-syarikat kecil. 5. Malaysia kini berada di tangga ke-17 dalam era globalisasi dunia. 6. Jepun dan Jerman boleh maju walaupun tidak mengutamakan bahasa Inggeris kerana negara tersebut memiliki kekuatan tersendiri, iaitu boleh menghasilkan pelbagai produk berteknoligi tinggi tanpa bantu asing. Kertas kerja 4 Tajuk: Rancangan Malaysia ke-9: Misi Nasional – Agenda Besar Nagara Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020. Pembantang: Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi: Timbalan Presiden MBM, Datuk Idris Haron Isi kertas kerja 1. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu memperuntukkan RM1 bilion di bawah Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) bagi dipinjamkan kepada belia berniaga, terutama pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menembusi pasara global. Sekarag Cuma RM 40 juta sahaja. 2. Dana Rm 40 juta menerusi STEB yang diuruskan oleh Bank Rakyat dan Bank Pertanian itu terlalu kecil berbanding permintaan semasa. 3. Sudah sampai masanya KBS memperuntukkan kuota 40 peratus tender kontraknya di khaskan kepada institusi belia seperti Majlis Belia Daerah(MBD) dan majlis Belia negeri (MBN). 4. Menambah peruntukan STEB dan kuota 40 peratus tender kontrak itu mendapat menjana pembangunan ekonomi belia kerana belia merupakan bakal pemimpin Malaysia nanti. 5. Setiap MDB perlu diperuntukkan Rm100,000 setahun bagi melaksanakan program pembangunan belia di kawasan masing-masing. 6. KBS diminta memperuntukan RM100,000 setahun kepada MBM untuk melaksanakan program pembangunan belia termasuk sukan. 7. KBS digesa menyediakan RM100,000 bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mejayakan Liga Sukan Komuniti. 8. Sudah tiba masanya kerajaan memberi peluang lebih besar kepada usahawan belia melaksanakan projet yang melibatkan tender kontrak. Forum Bersama Pemimpin Tajuk: Belia Malaysia - Pewaris dan Penerus Kecemerlangan Negara. Ahli Penel: 1. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali (Presiden MBM 1988-1986) 2. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. (Presiden MBM 1988-1980). Pengerusi: Presiden MBM, Shamsul Anuar Nasarah. Kandungan Forum ( Menteri Besar Perak) 1. Kita tidak boleh menyediakan negara untuk masa depan belia, tetapi kite boleh menyediakan belia untuk masa depan negara. 2. Tahun 1957 Malaysia merdeka, semua sedia maklum 50 tahun sebelum merdeka (1957) negara ini mundur. Sesudah 50 tahun merdeka iaitu 2007, Malaysia ternyata maju, tetapi 50 tahun nanti iaitu 2057 bagaimana pula keadaan Malaysia. 3. Generasi muda wajar memastikan apa yang dikendong tidak keciciran dan yang dikejar pasti dapat. 4. Belia mestilah berjiwa besar dan jangan sesekali mindanya dikepung. 5. Masyarakat belia jangan sesekali luntur nilai keinsanan. 6. Kita kena menyediakan belia di tahap terbaik untuk memastikan kecemerlangan masa depan Malaysia lebih terjamin. 7. Perjuangan belia masih belum selesai. 8. Setiap belia mesti membelek dalam ‘kamus fikiran’ masing-masing mengenai cara memajukan diri, persatuan dan negara . Kandungan Forum ( Menteri Besar Selangor) 1. Pemimpin belia mesti meninggalkan persatuan kepada peminpin pelapis yang terbaik. 2. Harap KBS tidak memandang rendah kepada kehebatan dan kemampuan MBM. 3. Belia tidak boleh berstatus miskin. Sebelum manjadi Menteri Besar Selangor, saya pernah dihalau oleh seorang wanita selepas mengetuk pintu rumahnya yang terletak di tepi jalan raya semasa saya mahu memita air paip setelah terlalu dahaga ketika bekerja buruh kontrak. 4. Ikutlah rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk. 5. KBS wajar bertindak bijak memperkukuhkan persatuan belia yang ada. 6. Jangan ada mana-mana pihak memperlekehkan belia dan MBM. 7. Mahu KBS menggandakan usaha menarik belia menyertai persatuan belia, bukan menonjolkan kelemahan mereka. 8. Program Rakan Muda wajar diserahkan kepada persatuan belia. KBS tidak perlu melantik pegawai Rakan Muda yang dibayar gaji untuk melaksanakan program Rakan Muda kerana program itu jimat dibuat oleh persatuan belia sahaja. |