MBM adakan MPAT59 dengan jayanya

Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini
404 Not Found
Not Found
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80