• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Wednesday
Feb 08th
Home arrow Articles arrow Tersilap mengadili sebuah Serbia
Tersilap mengadili sebuah Serbia PDF Cetak E-mail
Thursday, 05 April 2007

Oleh: IRMOHIZAM IBRAHIM

PADA 26 Februari lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah membuat penghakiman yang pasti menimbulkan konflik keyakinan terhadap institusi keadilan antarabangsa ini.

Keputusan yang dimaksudkan adalah berkaitan permohonan yang difailkan kerajaan Bosnia dan Herzegovina bagi mendapatkan penghakiman bahawa Republik Serbia (selaku entiti pewaris Republik Persekutuan Yugoslavia) telah mencabul Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pencegahan dan Penghukuman Jenayah genosid (penghapusan sesuatu bangsa atau kaum dengan cara pembunuhan beramai-ramai).

Lebih khusus ia merangkumi dalam tatalaku Republik Srpska (negara bangsa Serbia yang wujud di bumi Bosnia selepas perpecahan Yugoslavia pada tahun 1992) dan Angkatan Bersenjatanya terhadap Republik Bosnia dan Herzegovina dan warganya selepas mereka bertindak mengisytiharkan kemerdekaan dari Yugoslavia pada bulan Mac 1992 terutamanya yang membabitkan kejadian di Srebrenica pada bulan Julai 1995.

Penghakiman ICJ mengejutkan kerana badan keadilan dunia ini membuat keputusan bahawa Republik Serbia didapati tidak bersalah di atas tuduhan melanggar Artikel 3 yang merangkumi perbuatan melakukan genosid, pakatan untuk melakukan genosid, hasutan terbuka dan jelas untuk melakukan“genosid, cubaan untuk melakukan genosid dan keterlibatan dalam genosid walaupun menjadi satu rahsia umum bahawa tanpa sokongan moral dan material dari wilayah Serbia, maka republik Srpska dan angkatan bersenjatanya tidak akan berupaya melakukan genosid terhadap warga Muslim Bosnia.

Wilayah Serbia ialah wilayah terbesar Yugoslavia.

Hakikatnya wawasan untuk mencipta Serbia Raya yang merangkumi Serbia dan kawasan-kawasan di Bosnia mendapat sokongan dan bantuan aktif Belgrade.

ICJ menggunakan alasan ujian kebertanggungjawaban dan mengikut arahan berasaskan Perkara 5 dan 8 Artikel Tanggungjawab Negara Mengenai Perkara-Perkara yang Menyalahi Peraturan Antarabangsa bagi membuat penentuan bahawa oleh kerana republik Srpska dan angkatan bersenjatanya bukan entiti yang disifatkan sebagai sebahagian dari organ negara Serbia di bawah Artikel 4 dan tidak terdapat sebarang bukti bahawa mereka menerima arahan dari Serbia untuk melakukan jenayah genosid di Srebrenica mengikut Artikel 5 maka oleh itu negara Yugoslavia/Serbia bebas daripada sebarang tanggungjawab melakukannya.

Namun demikian Serbia telah didapati bersalah di bawah Artikel 1 kerana tidak melaksanakan tanggungjawabnya untuk mencegah jenayah genosid di Srebrenica (kawasan yang diisytiharkan PBB sebagai kawasan selamat) yang dilakukan tentera republik Srpska di mana ia mengakibatkan lebih 7,000 kaum lelaki Muslim Bosnia dibunuh apabila mereka ditinggalkan oleh Pasukan Perlindungan PBB (UNPROFOR) dari Belanda.

Republik Serbia juga didapati bersalah kerana gagal menghukum pelaku genosid mengikut Artikel 1 konvensyen berkenaan apabila gagal menghantar bekas Panglima Tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic yang telah didakwa di atas jenayah genosid ke Tribunal Jenayah Antarabangsa Untuk Bekas Yugoslavia (ICTFY) dan kerana melanggar tanggungjawab untuk mematuhi langkah-langkah sementara yang diarahkan ICJ melalui perintah yang dikeluarkan pada 8 dan 13 September 1993, beberapa bulan selepas kerajaan Bosnia dan Herzegovina memfailkan kes di ICJ bagi menghalang sebarang kemungkinan jenayah genosid daripada berlaku.

Isu besar yang menjadi persoalan bukan semata-mata ganti rugi kewangan yang gagal diperoleh warga Bosnia yang telah dizalimi tetapi yang lebih utama penyuburan tanggapan yang berlaku akibat keputusan ICJ bahawa jika penindasan dan penganiayaan melibatkan masyarakat yang tidak mempunyai kekuatan ekonomi, ketenteraan dan politik seperti umat Islam maka ia akan menjemput sikap acuh tidak acuh dan melepaskan batuk di tangga masyarakat antarabangsa terutamanya negara-negara Barat.

Ada banyak contoh yang boleh dikemukakan bagi mengukuhkan hipotesis ini namun tiga contoh terbaik adalah kes penindasan yang berlaku di Bosnia, Palestin dan Lebanon. Di Bosnia misalnya lebih 100,000 orang Islam dibunuh manakala hampir 50,000 lagi wanita Islam diperkosa sebagai sebahagian dari strategi pembersihan etnik dan langkah menubuhkan wilayah Serbia Raya.

Masyarakat Eropah hanya bertindak menyaksikan tragedi ini tanpa mengambil tindakan tegas untuk mencegahnya. Masyarakat dunia hanya mengambil tindakan apabila kezaliman tersebut mendapat kecaman dunia.

Namun lebih 10 tahun berlalu apabila perjanjian Dayton berjaya menamatkan konflik Balkan namun sikap tidak endah Eropah seolah-olah terang lagi bersuluh apabila walaupun arahan tangkap telah dikeluarkan oleh ICTFY untuk dua pelaku utama jenayah genosid terhadap kaum Muslim Bosnia iaitu bekas Presiden Republik Srpska, Radovan Karadzic dan Mladic, namun mereka masih bebas.

Di bumi Palestin begitu juga. Sudah hampir 59 tahun bangsa Palestin memperjuangkan kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas, berdaulat dan berdaya maju dari segi ekonomi namun ia masih jadi seolah-olah mimpi di siang hari, jauh daripada menjadi sebuah realiti.

Namun dalam tempoh berkenaan mereka telah dapat menyaksikan penubuhan sebuah negara Israel yang diasaskan oleh pendatang Yahudi dari benua Eropah di tanah air mereka dan mereka telah berpeluang merasai kekejaman yang tidak berperikemanusiaan di saat masyarakat antarabangsa menutup sebelah mata.

Di Lebanon masyarakat antarabangsa pula telah mengambil masa terlalu lama iaitu lebih 30 hari untuk menghentikan serangan Israel yang akhirnya telah mengorbankan lebih 1,000 nyawa warga Lebanon selain memusnahkan infrastruktur asas negara berkenaan.

Umat Islam telah melihat bagaimana piawai yang berbeza digunakan untuk melayan bukan sahaja penganut Islam tetapi juga mereka yang lemah. Kenapa terdapat perbezaan terhadap layanan yang diberikan kepada Serbia berbanding Iraq.

Walaupun negara Serbia menyediakan tapak yang subur untuk menyokong perbuatan jelak mendiang bekas Presiden Yugoslavia, Slobodan Milosevic, Karadzic, Mladic, individu serta entiti lain namun sebagai sebuah negara Serbia didapati tidak bersalah oleh ICJ. Ia tidak pula dijajah walaupun telah dibom oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Bandingkan pula nasib Iraq dan Afghanistan di mana negara-negara Barat cepat menjatuhkan hukum tanpa sebarang proses pengadilan antarabangsa.

Walaupun darah yang melekat di tangan Karadzic dan Mladic adalah lebih hanyir berbanding di tangan Saddam Hussein, namun nasib mereka berbeza. Saddam digantung tetapi kedua-dua pemimpin berbangsa Eropah ini bukan sahaja masih bebas tetapi jika ditangkap pun, mereka akan hanya dihadapkan ke sebuah tribunal yang tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman mati.

Hukuman paling dahsyat yang menanti mereka adalah penjara tapi dengan menikmati segala kemudahan asas yang mewah.

Keputusan ICJ ini akan hanya menjadikan dunia kita semakin bahaya, penyelesaian konflik secara adil nampaknya semakin menjadi ilusi. Jika trend ini tidak dibendung apakah kita akan kembali kepada era di mana yang kuat adalah kudrat.

Jika individu dan negara hilang kepercayaan kepada institusi antarabangsa seperti ICJ bagi mendapatkan keadilan maka bukankah ia akan membuka pintu kepada situasi di mana mana-mana negara yang inginkan keadilan akan memilih jalan untuk memiliki senjata pemusnah seperti peluru berpandu, senjata nuklear, bakteriologi serta kimia.

Jika jalan ini menjadi pilihan kita akan bernostalgia terhadap kestabilan yang wujud ketika berlangsungnya Perang Dingin di antara tahun 1947 hingga 1991.

- IRMOHIZAM IBRAHIM ialah Exco Majlis Belia Malaysia (MBM).

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
[ Kembali ] 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my