• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
Feb 07th
Home arrow Articles arrow Perspektif: Belia pemimpin semasa, juga esok
Perspektif: Belia pemimpin semasa, juga esok PDF Cetak E-mail
Tuesday, 27 March 2007

Persekitaran kondusif, peluang perlu diwujud asah kepemimpinan berkualiti

SATU daripada masalah yang dihadapi gerakan belia dalam usaha menyediakan pemimpin belia sebagai pemimpin pelapis berkualiti, ialah kurangnya iklim kondusif dari segi peluang latihan dan pendedahan di luar dunia persatuan belia.

Walau sebaik manapun kurikulum dan budaya kepemimpinan yang dipraktikkan dalam persatuan belia, jika mereka yang lebih berumur, organisasi dan kawasan tempat pemimpin belia berada (seperti sekolah menengah, universiti, tempat tinggal dan tempat kerja) dan kerajaan tidak menyediakan peluang latihan dan pendedahan, maka proses penyediaan pemimpin pelapis ini tidak lengkap.

Masalah ini wujud kerana sebahagian daripada kita tidak prihatin bahawa belia mahu suara dan peranan mereka diiktiraf.

Sebahagian daripada kita juga terkeliru dengan frasa ‘Belia hari ini pemimpin hari esok.’ Kita membacanya secara hurufiah dan melihat erti selapis saja. Kita menganggap belia hanya pemimpin hari esok dan belia hari ini dianggap hanya sebagai pengikut.

Memanglah, dalam keadaan tertentu, misalnya menjadi pemimpin utama negara, agensi kerajaan, perniagaan, akademia, profesional dan sebagainya, belia perlu menunggu hari esok, barulah menjadi pemimpin. Tetapi, dalam keadaan yang lain, belia turut mempunyai peranan sebagai pemimpin sejak hari ini lagi.

Belia adalah pemimpin hari ini dalam tiga kategori. Pertama, belia adalah pemimpin kepada yang lebih muda daripadanya. Kedua, belia adalah pemimpin seangkatan dengannya. Dan ketiga, belia adalah rakan kepemimpinan kepada pemimpin utama di tempat belajar, tempat kerja dan tempat tinggal dengan agensi kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil, hatta dengan pemimpin politik dan kerajaan.

Sejarah membuktikan pemimpin belia mampu berbakti kepada masyarakat. Contohnya, menerusi pelbagai program bantuan ketika kecemasan dan bencana, pendidikan dan latihan, kesedaran komuniti, agama, budaya, sukan dan mengisi masa lapang, menangani masalah sosial dan bantuan kemanusiaan antarabangsa.

Lebih penting mereka sudah membuktikan kemampuan advokasi, iaitu dengan bersuara, menyampaikan pandangan, mempengaruhi pendapat khalayak serta menggerak dan melahirkan atau menyebabkan lahirnya beberapa dasar dan program pembangunan negara.

Antaranya, cadangan mewujudkan Dasar Belia Negara, diikuti Dasar Pembangunan Belia Negara yang dikemukakan Majlis Belia Malaysia (MBM). Idea Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional dicetuskan MBM melalui Pelan Tindakan Pembangunan Belia Negara 2001-2010.

Manakala Rang Undang-Undang Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2006 yang akan dibahaskan di Parlimen bulan depan, bermula dengan suara di Dewan Rakyat oleh Datuk Noh Omar ketika menjadi Penolong Setiausaha Agung Gerakan 4B Malaysia.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Universiti Malaya digerakkan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Idea penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diutarakan, antaranya oleh PBMUM dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Penyediaan biasiswa dan bantuan kewangan serta kelas bimbingan untuk pelajar Melayu dan kini diterjemahkan sebagai sistem baucar kelas bimbingan, dicetuskan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), manakala penubuhan Universiti Islam dan Bank Islam mula-mula dicadangkan PKPIM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Dasar penerapan nilai Islam adalah sambutan kerajaan terhadap gerakan dakwah oleh belia dan mahasiswa Islam yang dipelopori PKPIM, ABIM dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di universiti.

Berdasarkan rekod ini, amatlah wajar pemimpin belia diberikan peluang latihan dan pendedahan dengan mengiktirafnya sebagai rakan kepemimpinan di luar persatuan belia.

Ada banyak bahan dan hujah yang menyokong keperluan ini. Antaranya ialah konsep penghakupayaan belia, penyertaan aktif belia, perundingan belia, demokrasi penyertaan, governans baru dan politik baru.

Proses ini hendaklah dijalankan dengan betul, iaitu mengikut konsep perwakilan belia. Ini bermakna, pemimpin belia yang diiktiraf dan diberikan peluang itu hendaklah dipilih belia, iaitu oleh persatuan belia, atau jika wujud keadaan di mana tidak ada persatuan belia, maka ia hendaklah ditentukan mekanisme demokratik lain yang diiktiraf belia.

Apabila ini diamalkan, ia bukan saja menghasilkan manfaat besar bagi penyediaan pemimpin pelapis, malahan ia akan meninggalkan kesan lebih luas dari segi meningkatkan kualiti dan kebahagiaan hidup.

Manakala manfaat spesifik cukup banyak, seperti belia dapat menyampaikan suaranya melalui saluran sesuai, mematangkan amalan demokrasi, meningkatkan pembentukan masyarakat penyayang melalui muafakat, merealisasikan Dasar Pembangunan Belia Negara dan dasar lain, merapatkan jurang antara belia dan golongan lebih berumur serta antara belia dan kerajaan, menangani masalah sosial secara sinergi serta meningkatkan patriotisme dan kesukarelaan.

Justeru, di Parlimen, pemimpin belia perlu dilantik sebagai Ahli Dewan Negara, manakala ‘Select Committee’ perlu mempunyai pemimpin belia dalamnya.

Di samping Kementerian Belia dan Sukan yang mempunyai Majlis Perundingan Belia Negara, Negeri dan Daerah, kementerian tertentu perlu menubuhkan majlis perundingan dengan pemimpin belia menganggotainya.

Pemimpin belia wajar menjadi anggota rasmi delegasi negara dalam persidangan antarabangsa dan lawatan luar negara yang berkaitan. Kerajaan negeri pula, perlu menubuhkan lebih banyak majlis perundingan yang sesuai dan pemimpin belia dilantik sebagai ahli.

Pemimpin belia perlu dilantik sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan mereka perlu dilantik anggota lembaga pengarah/penasihat agensi sesuai, seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Kolej Komuniti.

Organisasi akar umbi seperti jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), jawatankuasa masjid dan lain-lain perlu melantik pemimpin belia di dalamnya.

Di sektor perniagaan, pekerja muda perlu dibenarkan menubuhkan atau menyertai kesatuan sekerja atau menubuhkan persatuan dalaman dan pemimpinnya diiktiraf serta dirunding pengurusan tertinggi syarikat.

Badan masyarakat sivil membabitkan belia perlu mempunyai pemimpin belia sebagai anggota kepemimpinannya.

Di institusi pengajian tinggi, perlu diwujudkan majlis perundingan di antara pengurusan tertingginya dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), manakala Majlis MPP Kebangsaan perlu ditubuhkan.

Di sekolah menengah, pengawas, pengawas perpustakaan dan lain-lain perlu dipilih secara lebih demokratik dan diwujudkan majlis perundingan di antara pengurusan sekolah dan pemimpin pelajar.

  • Datuk Saifuddin Abdullah adalah Pengerusi Akademi Belia, yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002)

  • ©The New Straits Times Press (M) Berhad

     
    < Sebelumnya   Berikutnya >
    [ Kembali ] 404 Not Found

    Not Found

    The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


    Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
    Berita Utama
    • Pause
    • Previous
    • Next
    1/4
    Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
    Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

    Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

    Keseluruhan artikel...
     
             
    Advertisement

    Dari Meja Presiden MBM

    Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

    Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

    Baca seterusnya..

    Ucapan Presiden HBN 2010


    Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

    baca seterusnya..

    e-Buku

    PENGUKUHAN

    BANGSA MALAYSIA

    Dan Cabarannya

    Image

    Khidmat Belia

    Belia Benci Dadah

    Untuk bantuan, sila hubungi:

    PEMADAM
    No.8, Jalan Ledang
    50480, Kuala Lumpur
    Tel: 03-2094 1190
    Faks: 03-2094 3233
    Web:
    www.pemadam.org.my
    Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

    PENGASIH MALAYSIA
    3201 Jalan Syers
    Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
    50480 Kuala Lumpur
    Tel: 03-6201 3179 / 0287
    Faks: 03-6201 3013
    Web:
    www.pengasih.net
    Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

    AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
    Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
    IOI Resort, 62502 Putrajaya
    Tel: 03-8949 8400
    Faks: 03-8944 1931
    Web:
    www.adk.gov.my