• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Wednesday
Feb 08th
Home arrow Kenyataan Akhbar arrow Perdagangan perlu adil kepada semua
Perdagangan perlu adil kepada semua PDF Cetak E-mail
Tuesday, 13 February 2007

POLEMIK di sekitar Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang sedang hangat berlangsung mutakhir ini sepatutnya menyedarkan kita kepada hakikat betapa mustahaknya usaha untuk mewujudkan perdagangan antarabangsa yang bukan saja bebas tetapi juga adil demi untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan dunia.

Persoalannya bolehkan perdagangan yang betul-betul adil, bebas dan menguntungkan semua pihak baik negara maju, membangun mahupun mundur terhasil daripada rundingan perdagangan bebas yang bersifat dua hala dengan hanya membabitkan kumpulan negara tertentu saja berbanding rundingan yang bersifat pelbagai hala membabitkan semua anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Perundingan dua hala ini memberikan kelebihan kepada negara maju dengan sumber mereka yang lebih besar membolehkan mereka mendominasi sebarang rundingan perdagangan berbanding negara sedang membangun.

Sejarah untuk mewujudkan sistem perdagangan bebas berasaskan peraturan diterima bersama pada peringkat global mempunyai permulaan melalui syor Persidangan Pertubuhan Negara Bersatu Mengenai Kewangan dan Monetari yang diadakan di Bretton Woods, New Hampshire Amerika Syarikat pada Julai 1944 yang diadakan bagi membina arkitektur baru ekonomi global pasca perang dunia kedua.

Persidangan berkenaan mengesyorkan penubuhan tiga institusi penting iaitu Bank Dunia (IBRD), Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (ITO). Hanya dua institusi yang berjaya direalisasikan iaitu Bank Dunia untuk tujuan pembangunan dan pembinaan semula dunia serta dana kewangan antarabangsa atau IMF bagi menjamin kestabilan kewangan global.

ITO gagal ditubuhkan walaupun piagamnya dipersetujui pada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pekerjaan yang diadakan di Havana, Cuba pada 1948 apabila Senat Amerika Syarikat gagal mengesahkannya.

Walaupun cubaan untuk menubuhkan ITO menemui jalan buntu namun ia membawa kepada wujudnya mekanisme GATT atau Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif yang memberi kerangka kepada rundingan perdagangan global seterusnya sehingga tertubuhnya WTO pada 1995.

Pusingan rundingan perdagangan terbaru yang pertama di bawah WTO adalah pusingan Doha yang bermula pada 2001. Pusingan ini digelar sebagai pusingan pembangunan kerana ia sepatutnya menjadikan isu kepentingan negara membangun seperti pertanian sebagai teras perundingan berbanding pusingan Uruguay yang disifatkan lebih mengetengahkan isu yang menjadi kepentingan negara maju membabitkan perdagangan barangan, perkhidmatan dan isu hak harta intelek.

Hampir enam tahun sudah berlalu namun Pusingan Doha masih belum menemui kejayaan kerana negara maju enggan bertolak ansur dalam isu pertanian terutamanya langkah untuk menghapuskan subsidi pertanian yang diberi kepada petani mereka yang nyata menjadikannya eksport pertanian negara membangun dan mundur tidak kompetitif.

Persoalannya dalam kita menjayakan FTA dua hala, pernahkah kita mempersoalkan kenapa negara maju seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) begitu ghairah mewujudkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala dengan negara lain di dunia.

Mungkinkah ia langkah ke belakang yang dilakukan oleh negara maju akibat kegagalan percubaan mereka untuk mencorakkan rundingan perdagangan yang sedia ada mengikut kepentingan mereka kerana menghadapi tentangan majoriti 150 anggota WTO terdiri daripada negara membangun dan mundur. Jika anggota WTO tidak bersatu untuk mewujudkan sistem perdagangan dunia yang lebih adil, mereka akan lebih mudah diperkotak-katikkan oleh kuasa ekonomi global.

R MOHIZAM IBRAHIM,
Exco Majlis Belia Malaysia (MBM),
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my