Kenyataan Akhbar
Banjir: CTR perlu diberi kepada sukarelawan | Banjir: CTR perlu diberi kepada sukarelawan |
|
|
|
| Tuesday, 16 January 2007 | |
|
Seluruh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri dalam Majlis Belia Malaysia (MBM) yang terlibat secara langsung dalam membantu mangsa banjir telah melihat beberapa persediaan selepas bencana terutamanya banjir tidak dititikberatkan. MBM selaku badan induk persatuan belia di Malaysia amat kecewa kerana sehingga kini tiada keistimewaan yang diberikan kepada ahli-ahli persatuan yang secara sukarela mahu membantu mangsa bencana ini terutamanya ahli-ahli yang sudah bekerja. MBM yang bergerak di atas dasar kesukarelaan sentiasa perihatin di atas keluhan ahli-ahlinya dalam mendapatkan Cuti Tanpa Rekod (CTR) dari majikan masing-masing. Kebanyakan mereka yang ingin menghulurkan bantuan segera terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana sukar mendapatkan CTR samada dari sektor kerajaan mahupun swasta. Kesukaran untuk mendapatkan CTR ini boleh menghalang bantuan segera daripada sampai ke mangsa bencana dan ini boleh memudaratkan lagi penderitaan mangsa bencana. Merujuk kepada Perintah Am Kerajaan (Bab C), hanya penjawat awam sahaja termaktub dalam perintah ini dan CTR ini hanya dipertimbangkan bagi tujuan sesuatu latihan, kursus atau kem latihan anjuran agensi kerajaan atau pertubuhan sukarela yang diluluskan oleh kerajaan. Walau bagaimana pun, seseorang kakitangan swasta perlu mendapatkan pertimbangan dan kelulusan majikan mereka untuk tujuan ini. MBM mahu kerajaan membantu hasrat murni para sukarelawan ini samada penjawat awam atau swasta turut mendapat keistimewaan ini berdasarkan Perintah Am Kerajaan (Bab C) dengan memindanya seberapa segera. Ini kerana jika perkara ini berterusan, kerajaan akan menghadapi kesukaran membantu mangsa bencana secara berkesan, kerana NGO-NGO inilah yang banyak memainkan peranan dalam membantu mangsa bencana samada menghulurkan bantuan secara terus atau berkerjasama dengan angensi-agensi kerajaan yang terlibat. CTR ini mungkin perkara remeh bagi sesetengah pihak tetapi bagi sukarelawan yang terlibat, ia merupakan satu hadiah yang berharga dan boleh mendorong mereka untuk terus berbaktia. Mereka tidak mengharapkan ganjaran lain kerana bagi mereka, segala sumbangan dan khidmat bakti mereka adalah ikhlas untuk membantu masyarakat. Tajudin Ahmad Setiausaha Agung, Majlis Belia Malaysia |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my