• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
Feb 07th
Home arrow Articles arrow Perspektif: Pendidikan seiring patriotisme
Perspektif: Pendidikan seiring patriotisme PDF Cetak E-mail
Friday, 12 January 2007

BARU-BARU ini, timbul masalah pengangkutan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ini bukan kali pertama masalah demikian berlaku. Kita berharap ia tidak akan berulang kerana PLKN adalah program yang terlalu baik untuk dicalar dengan masalah remeh-temeh seperti itu.

PLKN adalah kemuncak langkah kerajaan dalam memupuk patriotisme di kalangan belia. Mengikut perancangan asalnya, program pertamanya pada 2004, adalah perintis. Kerana itu, hanya sebahagian saja daripada peserta yang layak menyertainya dipilih mengikutinya. Perancangannya ialah mulai tahun 2005, semua peserta yang layak menyertainya akan diwajibkan mengikutinya.

Tetapi, sehingga tahun ini, masih tidak semua peserta yang layak menyertainya dipilih untuk mengikutinya. Ini mungkin disebabkan kerana program ini menelan belanja yang amat besar. Ini juga menyebabkan kita harus memikirkan program lain yang perlu diadakan bagi memupuk patriotisme di kalangan belia, terutama bagi mereka yang tidak terpilih menyertai PLKN.

Ketika mencetuskan gagasan Patriotisme Alaf Baru pada 1999, iaitu sebelum idea PLKN muncul dan juga sebelum patriotisme menjadi ungkapan yang dipopularkan semula, Majlis Belia Malaysia (MBM) melihatnya sebagai satu gagasan yang meliputi makna dan fokus patriotisme.

Makna patriotisme tidak berubah, iaitu cinta yang kental dan kekal terhadap bangsa dan negara Malaysia. Tetapi, fokus atau bentuk patriotisme mungkin berubah mengikut masa dan keadaan.

Gagasan berkenaan lahir daripada dua langkah. Pertama, sebagai ‘langkah aksi’ bagi mengisi rukun gerakan belia iaitu idealisme, aktivisme dan intelektualisme, serta merangka haluan perjuangan MBM yang melangkah ke tahap 50 tahun keduanya, iaitu selepas menyambut ulang tahunnya ke-50 pada 1998.

Kedua, sebagai ‘langkah reaksi’ kepada peristiwa negatif yang berlaku di tengah-tengah dua krisis besar negara pada masa itu, iaitu kegawatan ekonomi dan perpecahan politik, serta sebagai menghadapi cabaran alaf baru yang boleh menggugat patriotisme.

Dalam proses mengetengahkan gagasan patriotisme itu, MBM menganggap persoalan asasnya ialah pendidikan kewarganegaraan. Dalam hal ini, MBM tidak berhajat untuk terbabit dalam polemik epistimologi. Namun, hakikatnya ialah konsep sosiopolitik seperti pendidikan kewarganegaraan tidak wujud dalam hampagas. Biasanya, ia mendapat pengertian yang lebih penuh dengan memeriksa tiga istilah yang berkaitan, iaitu nasionalisme, kesedaran sivik dan semangat patriotik.

Nasionalisme biasanya dikaitkan dengan ideologi politik. Dalam hal-hal tertentu, ia dihubungkan pula dengan asabiyyah (iaitu dalam pengertiannya yang sempit), militarisme dan ‘xenophobia’.

Sebagai ideologi, ia memerlukan kefahaman yang menyeluruh lagi mengukuh atau penyatuan pemikiran yang menyebabkan berlakunya kepatuhan yang komprehensif di kalangan pengikutnya. Ia menawarkan satu bentuk kod perlakuan untuk kebanyakan situasi kehidupan. Sebagai ideologi, ia menekankan prinsip tertentu.

Tetapi, nasionalisme dikritik hebat, sama ada dari sudut intelektual ataupun praktikal. Ideologi menjadikannya rigid, tidak pragmatik dan sering dilihat dengan prasangka. Manakala debat mengenai nasionalisme di negara ini semakin sepi. Perbincangan mengenainya juga agak nipis. Kerana itu, menggunakannya sebagai pendekatan pendidikan kewarganegaraan bagi belia kini bukanlah langkah yang bijak.

Kesedaran sivik sebagai pendekatan pendidikan kewarganegaraan telah timbul akibat ketidakyakinan terhadap nasionalisme sebagai ideologi dan patriotik sebagai semangat. Pendekatan ini berkembang pesat di Barat dan digunakan secara formal di negara ini buat beberapa ketika.

Di sekolah rendah dan menengah, sivik pernah dijadikan satu mata pelajaran dari Tahun Empat hingga Tingkatan Lima. Tetapi, ia jarang diajar secara serius. Murid-murid juga tidak berminat. Lalu, sejak sekian lamanya, sivik tidak lagi dijadikan mata pelajaran.

Pendidikan kewarganegaraan kemudian diserapkan dalam mata pelajaran sejarah. Asumsinya ialah bahawa memasukkan nilai kewarganegaraan ke dalam mata pelajaran sejarah akan dapat memenuhi kekosongan akibat tiadanya lagi pendidikan sivik.

Tetapi, persoalannya ialah sejauh mana keberkesanan mata pelajaran sejarah dari segi mendidik belia untuk mencintai bangsa dan negara? Dengan penekanan yang berlebihan kepada sains dan teknologi kini, adakah belia benar-benar dimotivasi atau bermotivasi untuk belajar sejarah? Bagaimana dengan yang lama tidak belajar sejarah, iaitu belia yang telah lama meninggalkan sekolah?

Perkataan ‘patriotisme’ berasal daripada bahasa Greek, iaitu ‘patriotes’ yang bermakna rakan senegara dan ‘patrice’ yang bermakna tanah air atau negara. Ia membawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan kepada tanah air. Dalam bahasa Arab, ia diwakili oleh perkataan wataniah.

Walaupun patriotisme ada ketikanya seiring dan disamakan dengan nasionalisme, kedua-duanya mempunyai kelainan tertentu. Patriotisme biasanya tidak berasaskan ideologi. Ia adalah suatu keterikatan primordial terhadap sesuatu wilayah atau masyarakat, suatu sentimen kepunyaan dan perasaan satu identiti.

Memanglah secara sejarahnya patriotisme terhubung dengan etos masyarakat nasional moden. Ia juga kadangkalanya membabitkan tindak balas automatik seperti tanpa berfikir, yang membuatnya seakan-akan ideologi (nasionalisme). Tetapi, ia tidak menawarkan sesuatu kod perlakuan. Sebaliknya, ia adalah tingkah laku dan tindak balas yang umum sifatnya. Jika nasionalisme ialah superiority negara, maka patriotisme pula ialah cinta negara.

Patriotisme bukan ideologi, tetapi, ia juga bukan semata-mata semangat. Kalau semangat pun, ia bukan semangat yang tidak menentu. Ia semangat yang terdidik. Kerana itu, ia berada dalam satu kontinum di antara semangat dan ideologi. Ia adalah satu gagasan. Sebagai gagasan, ia perlu kepada kefahaman dan pendidikan.

Pendidikan patriotisme mempunyai dua objektif. Pertama, ialah meningkatkan semangat dan makna patriotisme. Dan kedua, ialah menggalakkan belia menterjemahkan patriotisme ke dalam bentuk sumbangan konkrit terhadap kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Sumbangan itu, tidak semestinya terhad dalam bentuk tradisional. Ia juga perlu keluar dari kepompong stereotaip. Ia perlu kepada pendekatan dan bidang baru.

Perlu disedarkan bahawa semua perlu dan dapat menjadi patriot. Patriot bukan terhad kepada tentera saja, contohnya. Mendapat keputusan akademik terbaik di dunia, menjadi universiti terbaik di dunia, memenangi pertandingan bahas antarabangsa, memenangi Hadiah Nobel, menjadi angkasawan negara, memimpin persatuan belia antarabangsa, memenangi pingat di sukan antarabangsa, mencipta barangan baru, dan banyak lagi - termasuk menjaga kebersihan negara dan segala kemudahan awamnya, adalah juga patriotik.

Memupuk patriotisme tidak semestinya melalui ceramah saja. Jika ceramah pun, janganlah cerita zaman dulu saja. Ceritalah perkara yang baru dan semasa. Begitu juga dengan lagu patriotik – perlu dipopularkan lagu patriotik rentak baru. Lagu patriotik tidak semestinya rentak march.

  • Datuk Saifuddin Abdullah ialah Pengerusi Akademi Belia yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002)

  • ©The New Straits Times Press (M) Berhad
     
    < Sebelumnya   Berikutnya >
    [ Kembali ] 404 Not Found

    Not Found

    The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


    Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
    Berita Utama
    • Pause
    • Previous
    • Next
    1/4
    Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
    Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

    Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

    Keseluruhan artikel...
     
             
    Advertisement

    Dari Meja Presiden MBM

    Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

    Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

    Baca seterusnya..

    Ucapan Presiden HBN 2010


    Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

    baca seterusnya..

    e-Buku

    PENGUKUHAN

    BANGSA MALAYSIA

    Dan Cabarannya

    Image

    Khidmat Belia

    Belia Benci Dadah

    Untuk bantuan, sila hubungi:

    PEMADAM
    No.8, Jalan Ledang
    50480, Kuala Lumpur
    Tel: 03-2094 1190
    Faks: 03-2094 3233
    Web:
    www.pemadam.org.my
    Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

    PENGASIH MALAYSIA
    3201 Jalan Syers
    Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
    50480 Kuala Lumpur
    Tel: 03-6201 3179 / 0287
    Faks: 03-6201 3013
    Web:
    www.pengasih.net
    Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

    AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
    Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
    IOI Resort, 62502 Putrajaya
    Tel: 03-8949 8400
    Faks: 03-8944 1931
    Web:
    www.adk.gov.my