• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Wednesday
Feb 08th
Home arrow Berita Harian
Pembangunan belia secara muzakarah PDF Cetak E-mail
Monday, 08 January 2007

Active Image

Wawancara bersama Yo!, 6 Januari 2007

Rekod semasa menunjukkan Malaysia memiliki kira-kira 11 juta belia berumur 15 hingga 40 tahun. Mereka terbahagi kepada empat kumpulan iaitu pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), golongan yang sudah berkerjaya dan bakinya menganggur.

Daripada 11 juta itu pula, cuma kira-kira 3 juta menganggotai 40 agensi belia yang bergabungan sebumbung di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM). Kira-kira 9 juta orang lagi bukannya tidak mahu menyertai persatuan belia, tetapi terikat dengan tugasan semasa.

Contohnya pelajar sekolah menengah menjurus perhatian kepada akademik manakala penuntut IPT terikat dengan akta universiti. Masalah belia tidak berpersatuan ini sebenarnya telah lama dikaji selidik untuk penyelesaian terbaik oleh MBM.

Active Image

Kali ini wartawan YO! Bazli Abdul rahman menebual Presiden MBM, Shamsul Anuar Hj. Nasarah untuk mengetahu wawasan pembangunannya setelah menerajui MBM mulai 25 Jun 2006.

Yo!: Setiap Presiden MBM mempunyai wawasan dan gagasan tersendiri. Bagaimanakah halatuju untuk mencapai matlamat itu?

Shamsul: Saya tidak mempunyai acuan peribadi dalam MBM untuk pembangunan belia. Semua wawasan MBM dibuat secara muzakarah. Saya meneruskan agenda pembangunan seperti yang diasaskan oleh bekas Presiden MBM, Dato' Seri Dr. Mohamad Khir toyo.

Yo!: Bagaimanakah rangka hala tuju MBM 2007?

Shamsul: Pembangunan MBM 2007 dijuruskan kepada konsep 3K iaitu Kepimpinan, Kemahiran dan Keusahawanan sebagaimana yang diasaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Yo!: Bagaimanakah acuan 3K MBM?

Shamsul: Acuan 3K MBM terbahagi kepada lima (5) iaitu ilmu pengetahuan, masalah sosial dan dadah, memasyarakatkan gerakan belia, mengantarabangsa belia Malaysia dan keahlian pertubuhan belia.

Yo: Lima rangka kerja itu walaupun bersifat kecil tetapi memerlukan gerak kerja berpasukan yang cukup mantap. Siapakah penggeraknya?

Shamsul: Kami sepakat mewujudkan 10 jawatankuasa tetap. Setiap jawatankuasa itu pula memikul mandat yang agak besar supaya matlamat MBM berjaya 100 peratus mengikut garis panduan yang dirancang. Sebanyak 10 jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa; Jawatankuasa Hari dan Minggu Belia;Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah ; Jawatankuasa Pendidikan, Latihan dan Kepimpinan: Jawatankuasa Industri, Pertanian dan Asas Tani; Jawatankuasa Ekonomi dan Pembangunan Usahawan; JawatankuasaHal Ehwal Wanita dan Keluarga; Jawatankuasa Pentadbiran dan Kesukarelaan; Jawatankuasa Tetap Kewangan dan Jawatankuasa Penerangan, Penerbitan dan Media.

Yo!: Semua jawatankuasa itu nampaknya lebih bersifat pendidikan. Belia mungkin melihat ia tidak menepati 'permintaan naluri' orang muda.

Shamsul:Saya faham benar maksud 'permintaan naluri' orang muda itu. MBM sedar yang golongan ini juga mahu bersosial. Oleh itu kami mewujudkan lima lagi jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Khas Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda; Jawatankuasa Khas Perpaduan dan Intergrasi; Jawatankuasa Khas Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; Jawatankuasa Khas Sukan dan Rekreasi serta Jawatankuasa Khas Kempen Keahlian Pertubuhan Belia.

Yo!: Pentingkah jawatankuasa khas berkenaan?

Shamsul: Jawapannya ialah mustahak. Kita memahami bahawa citarasa dan kehendak orang muda sentiasa berubah termasuk dalam soal kegiatan mereka itu sendiri. Jika dahulu orang muda mudah dipanggil supaya datang ke dewan orang ramai untuk mengikuti ceramah tertentu. Itu dulu... sekarang orang muda tidak gemarkan budaya sedemikian..mereka inginkan satu program belia yang bersifat menyeronokkan. MBM kenalah menggunakan pendekatan untuk memenuhi matlamat golongan ini. Dalam aktiviti yang menyeronokkan belia itulah kita kena terapkan matlamat kita secara bijak.Salah satu daripadanya ialah MBM merangka strategi untuk menggerakkan golongan muda supaya mereka memainkan tanggungjawab yang besar dalam proses pembangunan negara, terutama bagi mencapai Wawasan 2020.

Yo!: MBM ada 3K, 10 jawatankuasa tetap dan lima jawatankuasa khas. apakah program utama MBM bagi musim 2007?

Shamsul: Sehingga kini kami telah menjadualkan lima program utama iaitu Program Keusahawanan Belia, Program Kepimpinan Belia, Bicara Belia Bersama MBM, Bakti Belia dan MBM to The World.

Yo!: Malaysia ada 11 juta belia, cuma 3 juta berpersatuan. Sebagai Presiden MBM yang baru, mungkin antara wawasan anda ialah 9 juta belia lagi akan berpersatuan?

Shamsul:Untuk memastikan semua 11 juta belia menyertai persatuan belia adalah sesuatu yang mustahil. Sebab mereka ada tugasan sendiri seperti di sekolah, di IPT dan di tempat kerja. Cuma MBM mahu memaksimumkan aktiviti supaya belia tahu persatuan belia tetap aktif. Apa yang akan memalukan saya dan para penggerak MBM ialah jika ada orang muda yang tidak tahu langsung wujudnya MBM dan organisasi belia di kawasan masing-masing. Biarlah tujuh juta orang lagi itu tidak berpersatuan asalkan mereka tahu persatuan belia penting dan mereka sentiasa memberikan sokongan padu. Contohnya ialah keahlian dalam parti teras kerajaan Malaysia iaitu UMNO. Walaupun UMNO tahu masih ada orang Melayu tidak menjadi ahli partinya, namum orang Melayu terlibat tahu bahawa UMNO itulah parti utama harapan orang Melayu itu sendiri di Malaysia.

 
< Sebelumnya
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my