Kenyataan Akhbar
PERANAN AGENSI DAN BANK MEMBANTU ORANG MELAYU | PERANAN AGENSI DAN BANK MEMBANTU ORANG MELAYU |
|
|
|
| Friday, 17 November 2006 | |
|
SEBENARNYA untuk meningkatkan pegangan ekonomi orang-orang Melayu bukanlah hanya terletak ditangan pimpinan Umno semata-mata. Tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan terlibat secara langsung mencetuskan sesuatu idea dan dasar untuk dilaksanakan. Tetapi orang-orang Melayu sendiri perlu ghairah dan lebih gigih memastikan hasrat yang diimpikan tercapai. Peranan semua pihak dituntut bagi merealisasikan sesuatu tindakan. Sebagai orang Melayu kita perlu bersyukur, Pemerintah UMNO mampu memberikan yang terbaik kepada kita. Bahkan suasana politik dan kekukuhan sosial kita telah menarik minat pendatang asing ‘menangguk’ ekonomi kita. Kenyataannya apabila kawasan Chow Kit dimonopoli kedai-kedai pendatang Acheh. Kedai Tom Yam seluruh negara dari Perlis hinggalah ke Johor dimonopoli oleh pendatang Selatan Thailand manakala pendatang dari Kemboja memiliki kedai-kedai kain di negeri-negeri sebelah utara. Orang Melayu masih memeluk tubuh. Tidak pasti hala dan tuju. Semua mengidamkan kehidupan yang lebih baik. Semua mengharap dasar yang terbaik dihasilkan pada Perhimpunan Agung Umno setiap tahun! Kita memerlukan anjakan paradigma. Memastikan yang tersurat dan tersirat kekal selama-lamanya ditangan kita. Yang tersurat perlu direnungkan bersama! Hanya orang Melayu sahaja yang boleh menolong kaum Melayu. Orang Melayu perlu dibantu walau seribu tahun lagi. Tetapi jangan sampai kita hidup mengharapkan bantuan semata-mata! Kalau usahawan Melayu mendapat sesuatu projek, kaum lain juga turut terlibat. Kaum Cina tidak boleh menafikan penglibatan dan manfaat mereka. Keuntungan terpaksa dibahagi dua kerana usahawan Melayu tidak dapat menidakkan kehadiran mereka. Dari dulu lagi ekonomi kita dikuasai oleh peniaga Cina. Mereka muncul sebagai pembekal terbesar di negara kita. Orang Melayu sebenarnya bukan berhasrat menafikan hak kaum lain. Orang Melayu cuma berhasrat memastikan pegangan 30 peratus ekonomi negara. Peranan Kerajaan dan kaum-kaum lain dituntut bagi memastikan ekonomi orang-orang Melayu berada ditahap terbaik. Kontrak sosial tidak perlu dipertikai! Kita sedikit merasa kesal dengan agensi kerajaan dan perbankan. Sebagai anggota kerajaan yang mewakili pemerintah sepatutnya kita lebih realistik membantu orang-orang Melayu. Teguran bahawa ‘CEO’ Melayu dalam GLC tidak membantu orang-orang Melayu memang tidak dapat disangkal. Sejauh mana GLC membantu usahawan Melayu? Berapa kerat jutawan Melayu yang lahir dengan GUTHRIE? Berapa ratus juta Ringgit Malaysia diperuntukkan oleh sesebuah bank bagi membantu usahawan Melayu? Terkadang kita agak lupa bahawa peranan kita sendiri sebenarnya membantu bangsa kita. Bila sudah diatas kita semakin lupa bahawa untuk keatas sebenarnya kita dibantu oleh orang Melayu lain. Tidak bolehkah kita membalas jasa dengan membantu orang Melayu lain pula walau dengan apa cara sekalipun? Graduan Melayu menganggur adalah kerana orang-orang Melayu ‘susah’dan ‘miskin’! Orang-orang Melayu tidak mempunyai banyak kilang untuk menampung graduan kita yang menganggur. Syarikat korporat kita kebanyakan hanya gah dan sebenar ditunjangi oleh kaum lain. Orang-orang Melayu perlu kaya kerana dengan kekayaan kita boleh membantu mengurus ekonomi negara. Lebih banyak kaum Melayu menceburi pelbagai sektor lebih banyak menghasilkan peluang pekerjaan kepada graduan Melayu. Atau kita sebenarnya bangga dengan banyaknya orang-orang Melayu bekerja sebagai operator, penglibahan dengan najis dadah, rempit atau gejala sosial lain? Pihak Bank ‘konvensional’seperti tidak cenderung untuk membantu usahawanMelayu. Mereka lebih cenderung mengaut keuntungan. Terlalu banyak ‘charge’ dikenakan kepada pelanggan. Suatu ketika, pemegang akaun semasa yang mempunyai baki tidak sampai RM 1000.00 pada satu-satu masa dikenakan RM 5 sebulan. Menunaikan cek pula dikenakan RM 2 untuk setiap keping. Kemasukan cek persendirian di luar daerah walaupun dari bank yang sama dikenakan charge 0.03 peratus dari nilai cek tersebut. Rasanya kutipan-kutipan ‘charge’ ini saja sudah memadai untuk membiayai gaji pekerja mereka selama sebulan. Kecenderungan mengenakan charge sedemikian rupa wajar dipantau oleh Bank Negara. Berapa kerat Bank yang membantu menjayakan pinjamanCGC? Berapa banyak yang membantu pihak kerajaan memberi pinjaman kecil jangka pendek membantu usahawan Melayu? Ini tidak termasuk pinjaman pembelian rumah kedai dengan syarat-syarat yang lebih ketat. Untut mendapatkan ‘overdraf’ (OD)dari pihak bank juga semakin sukar. Kalau satu ketika dulu OD ini ditawar dengan nisbah yang lebih fleksibel sehingga mencapai 1:2 @ 3. Tapi hari ini semakin sukar. Hanya yang menjadi sandaran adalah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) melalui agensi MARA membantu usahawan Melayu. Bank Rakyat dan Bank Pertanian sebagai agensi perbankan Kerajaan juga turut membantu. Agensi kerajaan sebenarnya adalah pelaksana kepada sesuatu tindakan. Jika kita tidak berusaha memberi peluang kepada orang-orang Melayu siapa lagi? KU RASHIDI HJ. KU MAT ESA AHLI JAWATANKUASA KERJA MAJLIS BELIA MALAYSIA |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my