Kenyataan Akhbar
UMNO PERLU BINCANG ISU BELIA | UMNO PERLU BINCANG ISU BELIA |
|
|
|
| Tuesday, 14 November 2006 | |
|
UMNO, merupakan sebuah pertubuhan politik terbesar kaum Melayu yang memperjuangkan kedaulatan agama, bangsa dan negara. Perjuangan UMNO bukanlah baru kerana ia telah bangkit sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi. Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Persidangan UMNO ini merupakan medan yang penting bagi membincangkan hala tuju pertubuhan dalam memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini. Majlis Belia Malaysia (MBM) merupakan pertubuhan induk kepada 40 buah pertubuhan belia di negara ini juga berperanan penting dalam pembangunan belia. MBM berharap agar persidangan UMNO pada kali ini akan turut membincangkan peranan pertubuhan belia dalam memajukan negara serta berperanan menjadi penyampai hasrat kerajaan kepada belia di akar umbi. Peranan pertubuhan belia tidak dapat dinafikan keberkesanannya membawa arus pembangunan samada di kawasan bandar ataupun di ceruk-ceruk kampung. Ini kerana pertubuhan belia ada di mana-mana. Dalam pilihanraya umum yang lalu, golongan belia menjadi penentu kejayaan kerajaan. Oleh itu, MBM menyeru agar peranan pertubuhan belia dibincangkan secara serius agar masyarakat tidak memandang rendah peranan mereka dalam pembangunan negara. Peranan ini juga akan dapat membuka mata masyarakat betapa pentingnya mereka terlibat sama dalam pergerakan belia. MBM juga berharap pada persidangan ini juga beberapa isu berkaitan belia harus dikupas dan diperhalusi seperti gejala-gejala sosial yang semakin menghantui masyarakat kita. Tetapi isu-isu ini hendaklah dibincangkan dari sudut yang lebih positif. Jangan dilihat gejala-gejala ini sebagai gejala golongan belia semata-mata tetapi hendaklah sebagai gejala bersama yang harus kita banteras. Persidangan ini boleh dijadikan medan kepada pemimpin-pemimpin belia yang menjadi perwakilan UMNO untuk mengajak perwakilan lain bagi menganggotai pergerakan belia yang ternyata boleh memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negara. Sumbangan yang dibuat dalam pertubuhan politik seharusnya juga disalurkan ke dalam pergerakan belia agar pergerakan belia sentiasa mampu menggerakkan kekuatan mereka sehinggalah ke akar umbi bagi menjamin kekuatan negara. Perdana Menteri kita, dalam pembentangan RMK-9 yang lalu menekankan tentang pembangunan Modal Insan iaitu pembangunan pemikiran kelas pertama yang merangkumi pembangunan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk melengkapi pencapaian pembangunan fizikal selaras dengan infrastruktur kelas pertama. Isu ini juga harus dibentangkan untuk dikupas bagi memberi manafaat kepada golongan belia. MBM selaku badan induk pertubuhan belia negara telah menyahut seruan Perdana Menteri dengan merancang beberapa program yang berteraskan pembangunan Modal Insan bagi merealisasikan misi nasional. Ramai pemimpin UMNO dan Ketua Kerajaan pada hari ini dilahir dan dilatih di dalam pergerakan belia. Mereka pada suatu ketika dahulu merupakan pemimpin dalam pergerakan belia nasional. Sebagai contoh, YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka merupakan mantan Presiden MBM. Beliau kini masih lagi aktif dalam pertubuhan belia dengan mengetuai Persidangan Belia Sedunia (WAY). YAB Dato Seri Diraja Mohd Tajol Rosli Ghazali. Menteri Besar Perak juga dilahirkan dalam pergerakan belia. Dahulu beliau menduduki kerusi Presiden MBM dan telah banyak menyumbang jasa bakti dalam pergerakan belia. Presiden Majlis Belia Asia (AYC) iaitu YAB. Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, Menteri Besar Selangor juga aktif dalam pergerakan belia pada peringkat akar umbi. Beliau juga mantan Presiden MBM dan menerajui MBM selama 2 penggal. Tetapi kini pertubuhan belia semakin dilupai oleh masyarakat. Masyarakat lebih mengenali pertubuhan luar berbanding pertubuhan sendiri. Mereka tidak sedar akan sumbangan besar yang telah dibuat oleh pertubuhan belia di Malaysia kepada pembangunan negara. Kerajaan dan UMNO harus melihat masalah kepupusan kepimpinan di kalangan anak muda sebagai satu masalah yang perlu diberi tumpuan. Kepupusan ini semakin hari semakin meruncing disebabkan arus kemodenan yang lebih berteraskan materialistik. Kini anak-anak muda lebih suka bergiat dalam aktiviti yang tidak bermoral dan suka menyendiri. Dengan pengenalan teknologi yang terkini, anak-anak muda tidak suka bersosial dengan masyarakat luar. Kerajaan melalui agensinya harus menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi memastikan pembangunan insan dalam pertubuhan belia mencapai kejayaan seterusnya dapat melahirkan usahawan belia atau pun ahli akademik yang dihormati oleh masyarakat. MBM amat berharap agar pertubuhan belia dibantu dengan pembiayaan kewangan yang diperlukan bagi membiayaai program-program serta pentadbiran pertubuhan. Agak mustahil untuk menggerakkan golongan belia tanpa bantuan kewangan yang mencukupi di zaman serba moden ini. Bantuan kewangan ini bukanlah satu pembaziran kepada negara kerana lihatlah, pasti sejarah akan berulang kembali kerana nama-nama besar dalam kerajaan masa depan mungkin akan lahir di kalangan ahli pertubuhan belia sekarang. Akhir kata, MBM sebagai mewakili pertubuhan belia nasional serta ahli-ahlinya mahu melihat golongan politik yang kini berjaya membantu golongan belia dalam semua bidang agar pembangunan negara akan terus dipacu ke hadapan seterusnnya mencapai wawasan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Selamat bersidang. Tajudin Ahmad Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my