| Program ganas di TV pengaruhi akhlak remaja |
|
|
|
| Wednesday, 08 November 2006 | |
|
KEJADIAN ragut yang mengorbankan penyelia kilang dan mencederakan isterinya di Johor Bahru, baru-baru ini adalah bukti menunjukkan sebilangan orang muda termasuk mat rempit semakin ganas dan bahaya. Tiada unsur belas kasihan dan hormat kepada orang lain. Apa sudah jadi kepada generasi muda belia kita hari ini? Slogan ‘Belia Tonggak Negara’, ‘Belia Harapan Bangsa’, ‘Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok’ rasanya semakin jauh dan sayup-sayup kedengaran. Adakah slogan ini mampu kita realisasikan atau mungkin hanya mampu dilihat dalam ilusi? Generasi muda atau golongan belia adalah kumpulan penting dalam masyarakat kerana mereka menjadi tulang belakang kepada sesebuah negara. Golongan belia memiliki sifat berani mencuba dan sanggup mengambil risiko, sifat yang perlu dikumpul dan digarap untuk menjana negara. Malik Bennabi dalam pandangannya mengenai golongan muda menyatakan bahawa sekiranya generasi muda itu unggul daripada seluruh aspek, maka kita akan saksikan sebuah negara yang unggul dapat dibina, tetapi sekiranya generasi muda itu lemah dan lesu, maka kita akan saksikan keruntuhan sebuah negara. Oleh yang demikian, Islam memberi contoh cukup cantik mengenai golongan belia dan Allah nukilkan banyak kisah keunggulan belia Islam dalam al-Quran. Al-Quran mengisahkan mengenai seorang belia bernama Yusuf yang begitu tinggi iltizamnya melawan hawa nafsu sehinggakan belia sanggup dipenjara kerana takut kepada Allah. Namun, belia kita hari ini, tidak berasa malu untuk melakukan seks bebas hingga melahirkan anak luar nikah. Al-Quran juga menceritakan dengan jelas beberapa pemuda yang berjiwa besar sanggup meninggalkan kampung halaman untuk menyelamatkan akidah yang berharga dalam surah al-Kahfi tetapi belia hari ini terikut dengan gejala Black Metal, Punk dan jelas menyesatkan akidah mereka. Pada zaman Rasulullah SAW, dua pemuda Muadh bin Amru dan Muawwidh bin Afra berjaya membunuh Abu Jahal, musuh Islam dalam peperangan Badar Kubra tetapi yang terjadi hari ini ramai remaja kita terbunuh akibat menjadi mat rempit berlumba di jalan raya. Begitulah contoh yang ditunjukkan kepada kita umat Islam mengenai ciri golongan muda yang bertakwa, berjiwa besar dan penuh idealisme. Menurut Dr Muhhammad Said Ramadan al-Butiy, golongan muda pada asalnya tidak bermasalah tetapi mereka dijangkiti masalah masyarakat di sekitar mereka. Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengenai The effect of TV Violence on Malaysian Children pada 1983 menunjukkan rancangan televisyen seperti kartun dan drama yang memaparkan aksi ganas mempengaruhi minda kanak-kanak melakukan jenayah. Sebagai contoh kartun Popeye dan Superman yang disiarkan dulu mengandungi elemen ganas yang menyebabkan kanak-kanak mudah terpengaruh. Zaman kanak-kanak adalah alam di mana mereka mengalami proses pembelajaran berterusan. Kanak-kanak tidak mempunyai ketahanan daya saring dan tidak mampu membezakan perkara baik dan buruk menyebabkan mereka menerima apa yang dilihat di televisyen. Kajian CAP boleh diambil sebagai kayu ukur mengapa golongan muda hari ini sudah luntur akhlaknya disebabkan program yang mereka tonton pada zaman kanak-kanak mereka. Jika zaman dulu, kanak-kanak disajikan dengan rancangan hiburan yang ganas, hari ini mereka disogok program realiti TV yang boleh melalaikan. Fenomena ini memberi kesan buruk yang amat besar kepada kanak-kanak dan belia. Justeru, untuk melahirkan generasi belia yang disegani lagi dihormati dan boleh memacu negara pada zaman akan datang, institusi keluarga perlu memainkan peranan penting terutama ibu bapa dalam mengawal program televisyen untuk tontonan anak. Di negara Barat, ada segolongan aktivis yang memboikot televisyen kerana sedar rancangan yang disajikan akan memberi pengaruh negatif kepada generasi muda mereka. Dr Harbarino, ahli psikologi kanak-kanak dari Pennsylvania State University, berpendapat rancangan polis dan kartun paling banyak mengandungi unsur keganasan. Sebaiknya, masa kanak-kanak dipenuhi dengan bahan bacaan yang bersesuaian dengan mereka. Generasi muda yang berkualiti perlu dilengkapkan dengan ilmu bermanfaat sebagai persediaan melahirkan belia harapan negara. MOHD REZWAN ALIAS, Exco Pendidikan dan Penyelidikan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my