• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Wednesday
Feb 08th
Home arrow Kenyataan Akhbar arrow KITA BERPERANAN MEMBANTU ORANG MELAYU
KITA BERPERANAN MEMBANTU ORANG MELAYU PDF Cetak E-mail
Sunday, 05 November 2006

Active ImageSAYA rasa terpanggil untuk membicarakan tajuk ini. Sebagai seorang Melayu rasanya tidaklah salah mengutarakan tajuk yang mungkin akan timbul ‘sensasi’ jika penghayatan tidak dilakukan.

    Baru-baru ini heboh kisah ‘Melayu Pulau Pinang Dipinggir’. Hari ini cerita itu telah terpendam begitu saja dan akan timbul semula menjelang Perhimpunan Agung Umno Bahagian Pulau Pinang pada tahun hadapan. Begitulah saban tahun nasib orang-orang melayu Pulau Pinang. ‘Senario’ hidup mereka hanya menjadi buah mulut mainan politik saudara sebangsa dan seagama dengan mereka tetapi penyelesaian tidak pernah dibuat.

    Sedar tak sedar orang melayu Pulau Pinang telah banyak berhijrah ke Kulim, Padang Serai dan Sungai Petani di Kedah. Mereka perlu meneruskan hidup. Mahu tak mahu mereka terpaksa berhijrah demi keluarga. Hendak membeli rumah di Pulau Pinang atau Seberang Perai menelan belanja Ratusan Ribu Ringgit Malaysia. Rumah kos rendah tidak lagi dibina. Sebagai jalan penyelesaian lebih baik memiliki rumah kos sederhana di Negeri Kedah cuma sekitar Ringgit Malaysia Enam Puluh Ribu Sahaja.

    Penghijrahan sebegini akan mengurangkan populasi orang-orang melayu di Pulau Pinang sendiri. Jika penyelesaian tidak ditangani segera akan wujud jurang yang ketara diantara kaum. Nasib orang melayu perlu dibela! Kalau orang melayu sendiri tidak membela nasib kaum melayu, siapa lagi? Koh Tsu Koon?

    Tinjauan secara rambang mendapati orang-orang melayu Pulau Pinang boleh dikatakan kreatif. Mereka masih mampu mendiami kawasan-kawasan setinggan di tepi-tepi pantai atau di kuala dengan kebanyakannya bekerja sebagai nelayan bot kecil. Mereka masih mampu menyara keluarga dengan pendapatan harian yang diterima. Hanyalah Persatuan Nelayan Kawasan dan Pusat Urus Zakat Negeri yang berusaha merubah nasib mereka. Lain-lain agensi Kerajaan memandang sepi begitu saja.

Sandaran

    Mereka tidak mempunyai ‘koleteral’ untuk disandarkan kepada bank bagi memohon pinjaman pembelian rumah. Rata-rata mereka mempunyai anak-anak bekerja disektor perkilangan sahaja. Ini tidak menyakinkan pihak bank untuk meluluskan pinjaman pembelian rumah.

    Apatah lagi untuk memiliki bangunan bertingkat, lebih parah! Dua puluh sehingga tiga puluh peratus wang pendahuluan yang perlu dibayar lebih menyukarkan. Katakan rumah kedai berharga RM 300,000.00, sedangkan wang pendahuluan yang diperlukan sebanyak RM 75,000.00. Ini belum melibatkan bayaran guaman yang hampir RM 10,000.00. Mana mungkin kebanyakan orang-orang melayu mampu membeli.

    Kebanyakan ‘kuota’ yang diperuntukkan kepada orang-orang melayu terhapus begitu saja. Orang melayu mampu membeli jika nasib mereka dibela! Orang melayu masih memerlukan ‘tongkat sakti’ untuk berjaya.

    Perlu ada satu ‘Dasar Baru’ dihasilkan untuk memastikan kejayaan ekonomi orang melayu. Kita tidak boleh menyalahkan ‘Dasar Ekonomi Baru’ (DEB) kerana gagal meletakkan 30 peratus penguasaan orang-orang melayu. Tetapi perlu mengandaikan DEB sebagai pemangkin dasar-dasar Kerajaan seterusnya untuk memartabatkan orang-orang melayu.

    Kegagalan DEB adalah disebabkan hanya pihak Kementerian sahaja yang bertungkus lumus menjayakan agenda ini. Tetapi dipihak Jabatan atau Agensi hanya memandang sepi begitu saja. Semua Pihak Berkuasa Tempatan umpamanya perlu diwujudkan satu Jabatan yang dipanggil ‘ Jabatan Keusahawanan’ bagi memastikan peniaga-peniaga melayu diberi perhatian sewajarnya.

    Orang-orang melayu bukan hanya perlu modal dan ruang niaga, bahkan lebih dari itu. Jabatan Keusahawanan yang diwujudkan ini bertujuan memberi latihan dan bimbingan dan kaunseling sehinggalah berjaya melahirkan orang-orang melayu yang mampu berdikari.

Gagal

    Tidak dinafikan Pihak Berkuasa Tempatan melalui Majlis Perbandaran banyak menyediakan ruang niaga untuk peniaga melayu. Ruang niaga ala ‘Pekan Rabu’ di Alor Setar dibina dimerata tempat. Tetapi kebanyakannya gagal dan tidak mampu menyaingi Pekan Rabu yang ‘asli’ di Alor Setar.

    Keadaan ini adalah disebabkan Pekan Rabu di Alor Setar dibina ditengah-tengah pusat Bandar dan menjadi tumpuan orang ramai. Sedangkan Pekan Rabu ‘ciplak’ dibina dipinggir bandar dan bukanlah tempat tumpuan orang ramai.

    Aspek senibina juga perlu diambil kira dan tidaklah perlu dibina tangga yang menghalang pandangan kedai dibawahnya. Apa ada pada bangunan yang cantik tetapi tidak sesuai dan tidak menjadi tarikan orang membanjirinya?

Dasar Baru

    Sebagai orang melayu yang sayang pada bangsanya, kita perlu bersama menjalankan kajian mengapa dasar-dasar yang telah dijalankan gagal mengubah tanggapan orang melayu. Kita perlu bersatu menghasilkan ‘dokumentasi’ kearah memartabatkan orang melayu lebih-lebih lagi dibidang ekonomi.

    Harapan saya mudah-mudahan Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung pada minggu depan akan menghasilkan satu “Dasar Ekomomi Melayu’ yang akan merubah segala-gala. Masalah orang-orang melayu bukan sahaja di Pulau Pinang bahkan di Negeri lain juga akan berubah!

    Tidak guna kita menjatuhkan orang melayu lain hanya semata-mata mempertahankan politik kita kerana akhirnya kita akan kehilangan rakan kita juga berbangsa melayu! Jangan sampai parti pembangkang mentertawakan kerana kebodohan kita!

KU RASHIDI HJ. KU MAT ESA
EXCO
MAJLIS BELIA MALAYSIA

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my