• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
Feb 07th
Home arrow Kenyataan Akhbar arrow SEMPENA GENAP 3 TAHUN MEMIMPIN NEGARA MBM IKRAR TERUS BERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA KEPIMPINAN PM
SEMPENA GENAP 3 TAHUN MEMIMPIN NEGARA MBM IKRAR TERUS BERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA KEPIMPINAN PM PDF Cetak E-mail
Wednesday, 01 November 2006

SEMPENA GENAP 3 TAHUN MEMIMPIN NEGARA MBM IKRAR TERUS BERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA KEPIMPINAN YAB. DATO’ SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI, PERDANA MENTERI MALAYSIA DEMI KEMAKMURAN, KESTABILAN DAN KEJAYAAN WAWASAN NEGARA TERUTAMA PEMBANGUNAN BELIA DALAM NEGARA INI

Active ImageMajlis Belia Malaysia (MBM) mewakili 40 pertubuhan belia, dan dianggotai hampir 3.9 juta ahli memberikan sokongan padu kepada YAB. Perdana Menteri Malaysia serta berkeyakinan bahawa beliau berkeupayaan untuk terus memimpin negara ini ke arah pencapaian Malaysia sebuah negara maju tahun 2020 terutama dalam membangunkan generasi muda belia dalam negara ini.  Pendirian ini sesuai dan selaras dengan ikrar yang telah diberikan oleh kepimpinan MBM sewaktu mengadakan perjumpaan dengan YAB. Perdana Menteri, pada 10 Oktober 2006 di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya baru-baru ini.

MBM juga berharap YAB. Perdana Menteri Malaysia terus diberikan sokongan serta keselesaan untuk memimpin negara  oleh semua pihak terutama belia dan generasi muda, kerana tempoh sebelum negara mencapai status sebuah negara maju hanya tinggal lebih kurang 14 tahun sahaja lagi.  Banyak perkara yang hendak dilakukan oleh beliau dan pemimpin negara ke arah itu.  Oleh kerana ini adalah peluang terbaik dan tempoh masa yang ada bagi negara untuk meneruskan perancangan, meningkatkan kecemerlangan negara dan membuat pembetulan jika terdapat mana-mana isu yang menghalang ke arah Wawasan 2020, maka YAB. Perdana Menteri dan pemimpin negara  perlu  diberikan  peluang   dan   sokongan   padu  supaya
mereka dapat memberikan fokus dan kerjanya bagi menentukan rakyat dan negara bersedia dalam segala bidang ke arah pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Pada MBM, sebagai Perdana Menteri yang juga lahir daripada kepimpinan belia sudah tentu semangat untuk membantu dan membangunkan belia dan generasi muda amat menebal dalam dirinya.  Sewaktu MBM bertemu dengannya begitu ikhlas Perdana Menteri menyatakan serta sampaikan amanat apa yang beliau inginkan kepada belia dan generasi muda.  Begitu jelas dicerminkan oleh Perdana Menteri sewaktu membentangkan RMK9 dan Belanjawan Negara 2007 baru-baru ini.  Justeru itu, MBM amat yakin kewibawaan dan kesungguhan beliau dalam meletakkan belia atau generasi muda ditempat sepatutnya dalam pelbagai bidang ekonomi, politik, sukan, pendidikan dan pelbagai bidang lain terutama menjanakan belia sebagai modal insan terbaik untuk pembangunan negara.

Kerana itu, harapan MBM agar semua pertubuhan belia serta generasi muda dalam negara ini tidak hilang tumpuan, sebaliknya terus berusaha gigih bersama menyokong kerajaan dan memberikan tumpuan menjayakan Misi Nasional.  Banyak ruang serta usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan bagi mempastikan generasi muda berpeluang untuk sama berperanan dalam pembangunan negara sekarang dan akan datang.  Apa yang penting MBM rasakan belia perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai perkara agar generasi muda benar-benar dapat bermain di padang permainan yang telahpun dan sedang disediakan oleh beliau dan kerajaan hari ini.  MBM berpendapat kita perlu tumpukan usaha melahirkan pimpinan muda berkualiti, memperbanyakkan kemahiran kepada generasi muda dan meneruskan agenda keusahawanan di kalangan belia sebagaimana yang diminta oleh YAB. Perdana  Menteri Malaysia.  Kita perlu lipat gandakan usaha membantu menyelesaikan masalah sosial dan dadah di kalangan generasi muda, supaya generasi muda menjadi insan terbaik kepada negara. Ini antara yang beliau harapkan dan MBM mempunyai harapan bahawa dibawahnya gerakan belia akan diberikan dokongan bagi memainkan peranan besar dalam negara ini.

Di samping itu sempena genap 3 tahun pimpinannya, MBM menaruh harapan, isu yang dihadapi olehnya berhubung kritikan Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat diselesaikan dengan baik kerana ia sebenarnya amat merugikan rakyat dan negara ini.  Walau apa sekalipun MBM tetap teguh menyokong YAB. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan kerajaan,  serta yakin Perdana Menteri atas kewibawaannya mampu selesaikan isu ini dengan baik.  MBM akan terus menggerakkan Belia Malaysia agar membantu kerajaan menjayakan RMK9.  Misi Nasional Ke arah Pencapaian Wawasan 2020 dan berharap agar semua generasi muda sekali lagi tidak hilang tumpuan kepada agenda besar negara ini yang sedang digerakkan oleh beliau.

SHAMSUL ANUAR HJ. NASARAH
PRESIDEN
MAJLIS BELIA MALAYSIA

Tarikh: 31 Oktober 2006

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my